KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mneghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Penjawat Awam Negeri bertempat di Dewan Undangan Negeri petang semalam.
Turut hadir adalah isteri kepada Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Dalam majlis yang sama, Premier turut menyampaikan sumbangan kepada 100 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Petra Jaya di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini pada Jumaat.
Sumbangan tersebut merupakan pemberian ikhlas daripada Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak di bawah Program Sumbangan Ikhlas MAKSAK Cares sempena bulan Ramadan tahun ini.
Exco MAKSAK Wanita menghulurkan bantuan wang tunai sebanyak RM100 dan sehelai tuala mandi daripada dana MAKSAK Cares kepada setiap pelajar termasuk sumbangan buah kurma dan sehelai kain pelikat daripada Pejabat Premier Sarawak.
Premier Sarawak kemudiannya bersama penjawat-penjawat awam yang lain menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.